e

Friday, December 4, 2015

Kimbap Atau Gimbap, Makanan Korea Serupa Sushi Jepun


Assalamualaikum readers

Ini sebenarnya antara gambar memori yang naik di newsfeed FB Zam baru-baru ni. Setahun lepas, masa tu Zam menikmati makanan Korea di Subang Jaya. Sekali imbas macam sushi, tapi ini adalah menu Korea yang dipanggil Kimbap/Gimbap.

Rasa mungkin hampir sama dengan mana-mana sushi, tapi yang Zam makan di Restoran Street Food ni serius seronok untuk dinikmati. Sedap, bukan biasa-biasa. Dan berlainan dengan sushi yang dinikmati bersama wasabi, Gimbap ini dicicah bersama kicap pedas.

Kalau dapat sarapan pagi dengan benda ni, bestnya..

Satu lagi makanan Korea yang Zam nikmati disana, ialah Pajyeon a.k.a Lempeng Kucai.. Pajyeon ni antara menu Korea yang menjadi carian hit di blog Zam. Kalau nak tengok, boleh ke SINI.

1 comment: