e

Wednesday, December 16, 2015

Mungkin Kita Terlalu Obses Untuk Menunjuk

Assalamualaikum readers..

Trend. Pelik. Kreatif. Unik.

Itu mungkin antara sebab kenapa kita kongsikan sesuatu gambar di laman sosial.

Mungkin dengan niat yang baik dan betul, dan mungkin dengan niat yang sebaliknya. 

Tapi itulah, kena fikir betul-betul sebelum nak memuat naik gambar yang kita mahu orang lain melihatnya. Masyarakat kita terlalu cepat memberikan maklum balas terhadap isu yang mereka lihat dan tahu melalui media sosial. Takut kita yang akan menjadi bahan sindiran masyarakat nanti.

Mungkin salah satu sebab lagi, kita obses nak tunjuk sesuatu yang baru di media sosial. Mungkin kita nak rasa bangga dengan apa yang kita buat kerana ia satu perkara yang baru atau mengikut trend.

Tak salah, cuma kalau kena dengan tempatnya. Jika tak kena, memang kita yang sengaja cari nahas.. Huhu

2 comments:

  1. Oops. Hahaha. Kenapa yg tu ada pampers tu ahaha

    ReplyDelete
  2. Selalu niat nak sampaikan ilmu biar sepatah. sebagaimana ilmu di blog saudara zamani ni.

    ReplyDelete