e

Tuesday, December 8, 2015

Pasar Ikan Tsukiji Jadi Tarikan Dunia


Assalamualaikum readers.

Tsukiji Shijo atau Pasar Tsukiji merupakan antara salah satu pasar ikan yang terbesar di dunia, dan menjadi tarikan pelancong dari luar apabila berkunjung ke Tokyo, Jepun. Setiap hari, sebanyak 2000 tan hasil produk laut dikendalikan di sini. Jika anda seorang penggemar makanan laut atau meminati makanan Jepun, anda boleh berkunjung ke sini untuk merasai sendiri pengalaman melihat bagaimana masyarakat setempat menjalankan kegiatan seharian yang merupakan salah satu sumber ekonomi terbesar di Jepun.

Tsukiji Shijo terbahagi kepada beberapa bahagian utama, iaitu bahagian jualan lelong ikan tuna, pasar borong, dan juga pasar luar. Untuk perhatian pembaca, terdapat beberapa perkara yang perlu dipatuhi jika ingin melawat ke dalam bahagian jualan lelong ikan tuna dan juga pasar borong.
Untuk memasuki bahagian jualan lelong, pengunjung dinasihatkan untuk datang lebih awal sebelum pukul 5 pagi, dan diantara pukul 5.25 hingga 5.50, hanya seramai 60 pengunjung dibawa masuk ke dalam bahagian ini, sebelum kumpulan kedua seramai 60 dibawa masuk diantara pukul 5.50 dan 6.15. Untuk makluman, hanya 120 pengunjung dibenarkan masuk ke bahagian ini dalam sehari, berdasarkan giliran first come first serve.

Bagi pasar borong pula, pengunjung dibenarkan masuk bermula pada pukul 9 pagi. Peraturan disini diwujudkan bagi mengelakkan kesesakkan dan pertembungan diantara pengunjung dan pembeli barang lelongan yang sibuk pada waktu kemuncak yang biasanya melibatkan waktu awal pagi.

Pasar luar pula lebih terbuka kepada orang ramai dan pengunjung yang ingin membeli belah di sini. Terdapat banyak restoran untuk pengunjung di sini menikmati hidangan makanan Jepun seperti sushi dan shashimi.



 (Sumber)

No comments:

Post a Comment